/* */

Panduan Solat Sunat Witir

Isi Kandungan                                                                                      Menu

Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara solat Witir secara sendirian dan berjemaah di rumah. Panduan ini juga disertakan dengan ejaan rumi dan makna dalam bahasa Melayu untuk memudahkan bagi mereka yang tidak fasih membaca arab.

Jadi ambillah kesempatan ini untuk menunaikan solat Witir sepenuhnya di bulan Ramadhan terutamanya bagi kaum lelaki sebelum tidur.


  Baca juga : Panduan Menunaikan Solat Sunat Tahajjud Beserta Doa



Solat Sunat Witir

Solat witir boleh dilakukan selepas habis solat Sunat Tarawih secara berjemaah atau bersendirian.

Panduan solat sunat witir adalah sebagaimana berikut:



1. Dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

a) Lafaz Niat Solat Witir bagi 2 rakaat pertama:

Lafaz Niat Solat Witir 2 rakaat menjadi imam atau makmum

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala

b) Lafaz Niat Solat Witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat menjadi imam atau makmum

Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”



2. Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat subuh.

doa qunut solat subuh dan solat tarawih


3. Bacaan Surah dalam Solat Witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

Membaca Surah al-A’la pada rakaat yang pertama.

Surah al-A'la

Membaca Surah al-Kafirun pada rakaat yang kedua.

Surah al-Kafirun

Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas di baca sekaligus dalam 1 rakaat pada rakaat yang ketiga (terakhir)

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih
Surah al-Falaq
Surah al-Nas

Diharapkan panduan solat Tarawih ini dapat membantu anda beribadah pada bulan Ramadhan ini.


Artikel ini dirujuk daripada panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.”


Bulan Ramadhan juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah pada waktu malam. Antaranya ialah dengan bangun malam berqiamullai. Panduan dan cara qiamullail adalah sebagaimana berikut:

Jom ulangkaji ringkas tentang puasa meliputi pengertian, dalil, hukum, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa dan sebagainya.



    Baca juga : Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Lihat jadual dan takwim berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia.



    Baca juga : Panduan Solat Sunat Tarawih


    Baca juga : Panduan Solat Sunat Witir



Jangan Lupa Follow Home Mohd Daharudin Haji Daud

No comments:

Post a Comment

Home 7 © 2021. All Rights Reserved |

Mohd Daharudin Haji Daud