/* */

Panduan Solat Sunat Tahajjud

Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara solat sunat Tahajjud yang mudah difahami InshaAllah. 

Panduan ini juga disertakan dengan ejaan rumi dan makna dalam bahasa Melayu untuk memudahkan bagi mereka yang tidak fasih membaca arab.

Solat Tahajjud merupakan salah satu daripada amalan qiyamullail yang boleh dilakukan pada setiap malam.

Jom kita tunaikan solat Tahajjud supaya menjadi amalan kita setiap malam selepas ini.



    Baca juga : Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Kelebihan dan Fadhilat Solat Tahajjud

Tahajjud adalah solat  sunat yang dilakukan apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidurnya hanya sebentar. 

Solat Tahajjud adalah antara amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia adalah solat sunat yang afdal dilakukan pada setiap malam.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah meninggalkan amalan solat tahajjud dalam hidup mereka.

Firman Allah S.W.T:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’ ayat 79)

Antara kelebihan dan fadhilat solat Tahajjud adalah:

  1. Allah meninggikan tingkatan darjat yang terpuji. 
  2. Amalan Rasulullah dan para sahabat. 
  3. Antara amalan orang soleh dan orang-orang yang bersabar. 
  4. Dapat menguatkan kekuatan rohani. 
  5. Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi. 
  6. Allah makbulkan doa. 
  7. Dapat menenangkan hati. 
  8. Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. 

Waktu Solat Tahajjud

Waktu solat sunat Tahajjud adalah selepas solat Isyak sehingga masuknya waktu subuh.

Namun, waktu terbaik mengerjakan solat sunat Tahajjud adalah pada sepertiga (⅓) malam. 

Jika dihitung dalam waktu di Malaysia adalah pada pukul 3.00 pagi sehingga masuknya waktu solat subuh.

Niat Solat Tahajjud

Lafaz niat solat tahajjud

Usolli Sunnatal Tahajjudi Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’aala

Cara (Kaifiyyat)  Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud boleh dilakukan secara sendirian dengan bilangan 2 rakaat. Ia boleh diulang untuk beberapa kali. Tidak ada penetapan khas untuk jumlah rakaat yang perlu dilakukan seperti solat tarawih (8 atau 20 rakaat).

Namun apa yang lebih baik, ia dilakukan secara istiqamah (berterusan) setiap malam walaupun dengan bilangan 2 rakaat.

Bacaan Surah dalam Solat Tahajjud

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat sunat Tahajjud. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang. 

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, anda boleh melazimi surah berikut sebagai panduan solat tahajjud anda.

Rakaat Pertama – Membaca Surah al-Fatihah diikuti Surah al-Kafirun

Panduan bacaan surah untuk rakaat pertama solat tahajjud

Bacaan dalam rumi:

Bismillaahir rahmaanir rahiim

  1. Qul yaa ayyuhal kaafiruun
  2. Laa a’budu maa ta’buduun
  3. Wa laa antum ‘aabiduu namaa a’bud
  4. Wa la ana ’aabidummaa ‘abad tum
  5. Wa la antum ‘aabiduu namaa a’bud
  6. Lakum dii nukum wa liyadiin

Maksud Surah al-Kafirun:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
  2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
  3. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
  4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
  5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
  6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Rakaat Kedua – Membaca Surah al-Fatihah diikuti Surah al-Ikhlas

Panduan bacaan surah pada rakaat kedua solat tahajjud

Bacaan dalam rumi:

Bismillahi rahmanir rahiim

  1. Qul Huwallaahu Ahad
  2. Allaahus Somad
  3. Lam ya lid wa lam yuulad
  4. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad. 

Maksud surah al-Ikhlas

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
  3. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
  4. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
  5. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Doa Tahajjud

Selepas selesai menunaikan solat sunat Tahajjud bacalah doa berikut sama ada doa pendek atau panjang ini

Doa Ringkas

Panduan Doa Tahajjud ringkas

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah kami daripada seksaan api neraka” 

Doa Panjang

Panduan bacaan doa tahajjud lengkap

Maksudnya:

“Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi . BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu adalah benar. Dan firmanMu adalah benar, dan syurgaMu adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, dan nabi Muhammad saw adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

Jika tidak mampu membaca atau menghafal doa ini, bacalah apa sahaja doa memohon keampunan dan rahmat Allah. Seterusnya berdoa berdasarkan hajat dan keperluan masing-masing. InshaAllah dikabulkan doa.

Kemudian membaca istighfar sebanyak mungkin. 

Lafaz bacaan istighfar

Maksudnya:

“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepadaNya.”

Tips Untuk Bangun Malam Solat Tahajjud

  1. Pada siang hari sebelumnya melakukan “Qailulah” iaitu tidur sekejap sekitar 10-15 minit sebelum masuknya waktu zohor.
  2. Tidur awal bagi memudahkan bangun  berqiamullail. 
  3. Sebelum tidur membaca surah al-Fatihah dan 3 Qul (Qul huallahu ahad, Qul A’uzu bi rabbil falaq dan Qul  A’uzu birabbinnas). Kemudian membaca doa tidur.
  4. Berniat agar bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud.
  5. Mengunci jam loceng atau jam pada telefon bagi memudahkan bangun. 
  6. Jadikan ia sebagai rutin setiap malam.

Sebagai kesimpulannya, solat tahajjud adalah amalan sunat yang sangat dituntut untuk diamalkan. Biarlah sekadar bilangan 2 rakaat namun dilakukan secara istiqamah pada setiap amalan adalah lebih baik.

Imam Syafie berkata bahawa bangun di tengah malam dan berdoa selepas solat tahajjud umpama kita memanah dan panahan itu akan tepat ke sasaran.

Ia bermaksud, solat sunat dan seterusnya diiringi doa pada sepertiga malam adalah yang paling mustajab doanya.

Semoga panduan solat tahajjud ini dapat memberi manfaat kepada anda.


Baca juga panduan untuk menunaikan solat Tarawih samaada secara sendirian atau berjemaah di rumah.


Diharapkan panduan solat Tarawih ini dapat membantu anda beribadah pada bulan Ramadhan ini.


Artikel ini dirujuk daripada panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.”


Bulan Ramadhan juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah pada waktu malam. Antaranya ialah dengan bangun malam berqiamullai. Panduan dan cara qiamullail adalah sebagaimana berikut:

Jom ulangkaji ringkas tentang puasa meliputi pengertian, dalil, hukum, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa dan sebagainya.



    Baca juga : Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Lihat jadual dan takwim berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia.



    Baca juga : Panduan Solat Sunat Tarawih


    Baca juga : Panduan Solat Sunat Witir



Jangan Lupa Follow Home Mohd Daharudin Haji Daud

No comments:

Post a Comment

Home 7 © 2021. All Rights Reserved |

Mohd Daharudin Haji Daud