/* */

Panduan Solat Sunat Tarawih

Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara solat Tarawih secara sendirian dan berjemaah di rumah. Panduan ini juga disertakan dengan ejaan rumi dan makna dalam bahasa Melayu untuk memudahkan bagi mereka yang tidak fasih membaca arab.


  Baca juga : Panduan Menunaikan Solat Sunat Tahajjud Beserta Doa



Kelebihan dan Fadhilat Solat Tarawih

Menunaikan solat tarawih adalah sebahagian daripada amalan qiyamullail dan cara mengimarah serta menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan. 

Tarawih dapat  mencipta keajaiban bagi orang yang berpuasa sebagaimana menyerapnya keletihan siang hari dengan keseronokan menunaikan solat tarawih di malam hari. 

Keistimewaan solat tarawih berbanding solat sunat yang lain adalah ia hanya dapat dilakukan secara khusus pada malam-malam bulan Ramadhan sahaja. 

Tidak ada solat Tarawih pada malam selain bulan Ramadhan. 

Solat sunat Tarawih mempunyai beberapa kelebihan sebagaimana disebut dalam al-Qur’an dan Hadith

Firman Allah SWT yang bermaksud:  

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.”  (al-Baqarah, ayat 183)

Sabda Nabi Muhammad ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu…” (Riwayat Muslim)

Waktu Solat Tarawih

Waktu solat sunat Tarawih adalah selepas mengerjakan solat Isyak. 

Solat Tarawih tidak semestinya perlu disegerakan selepas sahaja solat Isyak. Ia boleh dilakukan sepanjang malam antara Isyak dan sebelum masuknya waktu subuh. 

Niat Solat Tarawih

Solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berjemaah. 

Niat Solat Tarawih Bersendirian

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Tarawih Berjemaah

Niat menjadi Imam atau Makmun

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 

Kaifiyat (cara) Solat Tarawih 8 Rakaat

Solat sunat Tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam. 

Ia  ditunaikan pada  dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat. (2 rakaat X 4 salam)

Bacaan Surah Solat Tarawih 8 Rakaat

Tiada pengkhususan bacaan untuk Solat Tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang. 

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, anda boleh membaca surah lazim ini dalam solat Tarawih 8 Rakaat. 

*bacaan surah-surah berikut 
dilakukan selepas daripada 
membaca surah al-Fatihah. 

1. Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Takathur

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas.

2. Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Asr.

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas.

3. Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Humazah.

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas

4. Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Fiil

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas

* Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam 1-15.

Kaifiyat (cara) Solat Tarawih 20 Rakaat

Solat sunat Tarawih 10 Rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam. 

Ia  ditunaikan pada  dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 Rakaat. (2 rakaat X 10 salam)

Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih 20 Rakaat

* Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.


Diharapkan panduan solat Tarawih ini dapat membantu anda beribadah pada bulan Ramadhan ini.


Artikel ini dirujuk daripada panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.”


Bulan Ramadhan juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah pada waktu malam. Antaranya ialah dengan bangun malam berqiamullai. Panduan dan cara qiamullail adalah sebagaimana berikut:

Jom ulangkaji ringkas tentang puasa meliputi pengertian, dalil, hukum, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa dan sebagainya.



    Baca juga : Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Lihat jadual dan takwim berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia.



    Baca juga : Panduan Solat Sunat Tarawih


    Baca juga : Panduan Solat Sunat Witir



Jangan Lupa Follow Home Mohd Daharudin Haji Daud

No comments:

Post a Comment

Home 7 © 2021. All Rights Reserved |

Mohd Daharudin Haji Daud